Isnin, 28 Mei 2012

Cuti Pertengahan Tahun

Yah bedu-beduuuuu.....cuti sudah mari...hehe
SELAMAT BERCUTI kepada semua warga SMK Bengkongan. Kepada rakan-rakan guru, cuti-cuti juga...jangan lupa untuk memeriksa kertas peperiksaan dan key in markah dalam SAPS...sebab lepas cuti banyak aktiviti sedang menunggu...memang tak cukup tanganlah jadinya...huhuhu

Ahad, 27 Mei 2012

Aktiviti sempena MAKP 2011

SMK Bengkongan telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar [MAKP] pada 24 Mei 2012 bersamaan hari Khamis. Majlis yang bertujuan meraikan dan memberi pengiktirafan kepada para pelajar yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum pada tahun 2011 ini telah disempurnakan oleh YBhg Encik Baintin bin Adun @ Abdul Halim, Timbalan Ketua UMNO Bahagian P.168 Kota Marudu.

Dalam majlis ini, Kelab Seni dan Budaya dengan kerjasama para pelajar daripada Tingkatan Satu dan Dua telah mempersembahkan koir dengan judul lagu Proud of You dan Berani Gagal. Walaupun jadual latihan terlalu singkat kerana hanya sempat berlatih selama empat hari sahaja tetapi ahli koir telah berusaha sedaya upaya untuk membuat persembahan yang terbaik. Mereka layak mendapat pujian kerana berani menyahut cabaran untuk tampil memberi persembahan semasa majlis tersebut. Sebagai guru penasihat, sekalung ucapan tahniah dan terima kasih di atas semangat gigih dan kerja keras yang diberikan. Semoga para pelajar di sekolah ini khususnya ahli-ahli Kelab Seni dan Budaya terus aktif dan maju selangkah ke hadapan lagi pada masa akan datang.


Persembahan koir
[Syabas dan tahniah...andalah wira dan wirawati kelab Seni dan Budaya. Terima kasih juga kepada mereka yang bukan ahli kelab kerana telah menyokong dan memberi sumbangan suara yang mantap!..]


Gerai jualan makanan ringan untuk menambah tabung kelab
[emm...ceria-ceria mereka ini...kerana keceriaan merekalah kelab telah menambah tabung sebanyak RM44.50. Memang tak banyak...tetapi cukup berbaloi dan rasa bersyukur sangat..hehe]





Persembahan powerpoint yang memaparkan gambar warga SMK Bengkongan dengan lirik lagu Proud of You  dan Berani Gagal.

Carta Organisasi Kelab Seni dan Budaya SMK Bengkongan Tahun 2012


Puan Hajah Rosmih NC Jamari
[PENGETUA]

Encik Jaikum Apah
[PEN. KANAN KOKUM]
Encik Raffae Yahyah
[PEN. KANAN HEM] 
Encik Daniel Jebon Janaun
[PEN. KANAN PENTADBIRAN]


Puan Norlin Jadin
[PENYELARAS KELAB DAN PERSATUAN]
&
[GURU PENASIHAT]


Cik Elah Ebit
[KETUA PENASIHAT]

Encik Zaton Mumin
[GURU PENASIHAT]

Persembahan sempena Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2010



 Persembahan Tarian


Persembahan koir

Persembahan sempena MAKP 2009


Persembahana koir oleh Kelab Seni dan Budaya, dan beberapa orang pelajar daripada kelab lain.




Persembahan tarian [Veronilah Thaddeus, Biebiana Marajin, Poulzia Julis dan Fiona Zakaria]